Tahukah kamu? Posisi jerawat dapat menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan yang mungkin anda alami.Sekiranya jerawat sering muncul di tempat yang sama setiap kali anda perlu tahu info ini.
Jerawat di dahi
Peredaran darah yang tidak baik dan haba badan
yang melampau menyebabkan naiknya jerawat di dahi. Opss..selalunya sesiapa yang
ada jerawat di dahi memiliki sikap panas baran.
Untuk menghindarnya, anda perlulah mendapat
tidur yang mencukupi dan banyakkan minum air.
Jerawat di Hidung
Jika jerawat di batang hidung membawa maksud
tulang belakang kita mungkin bermasalah. Kalau di hujung hidung mungkin
disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Jika di salah satu hujung hidung pula boleh
dikaitkan dengan masalah pada ovari atau sistem reproduksi
Jerawat di Dagu
Berkemungkinan jerawat yang tumbuh di bahagian
dagu membawa maksud fungsi buah pinggang telah terjejas atau system endokrin
(rembesan dalaman) lemah.
Untuk kaum hawa yang mudah mendapat jerawat di
sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan
yang bermasalah.
Jerawat di pipi
Jika jerawat tumbuh
di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah
rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
Jika di sebelah
pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.
Jerawat di Badan
Bagi jerawat yang
tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem
perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit.
Dinasihatkan supaya
mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih
baik.