Tahukah anda ais mempunyai banyak manfaat dalam dunia kecantikan. Selain membantu menyegarkan wajah dan meningkatkan sirkulasi darah, ais batu juga mampu membantu anda menyelesaikan masalah berikut. Jom baca.



KURANGKAN KESAKITAN JERAWAT
Ambil bungkusan ais yang di letakan di dalam plastik kedap udara, tekapkan ia di bahagian yang mempunyai masalah jerawat selama 10 minit. Teknik ini dapat menenangkan sedikit keradangan atau rasa sakit di bahagian jerawat secara tidak langsung akan mengecutkan jerawat yang sedang membengkak.

MENCERAHKAN KULIT
Campurkan ais batu dengan timun atau strawberi kemudian bekukan ia selama beberapa jam. Ambil ketulan ais batu tadi, gosokan di wajah. Ulang teknik ini seminggu sekali.Campuran ini boleh di jadikan sebagai prosess scrub secara tidak langsung ia akan mencerahkan kulit.

MENUTUP PORI-PORI
Selepas mencuci atau buat pengwapan wajah, guna ais batu untuk menutup semula pori-pori yang terbuka. Malah, kamu juga boleh menggunakan teknik ini sebelum menggunakan make up. Tidak perlu terlalu lama kerana takut ia akan menyebabkan kegatalan atau kerengsaan

MENGURANGKAN MATA BENGKAK
Bungkuskan ketulan ais dengan kain yang lembut atau nipis. Tuamkan bungkusan itu di bahagian mata di awal pagi. Lakukan amalan ini sebaik sahaja kamu bangun pagi kerana ia akan meredakan pembengkakan di bawah mata. Untuk hilangkan kitaran gelap bawah mata, kamu juga boleh bekukan teh kemudian gunakan teknik yang sama lalu aplikasikan juga dengan cara yang sama.



Rencana asal di  http://goo.gl/PYxHfR