Langkah Urutan Wajah
Hanya luangkan 4 minit untuk melakukan
kaedah urutan wajah untuk mendapatkan wajah yang awet muda sekiranya diamalkan secara berterusan.. Cuba ingat setiap langkah berikut dan jadikan ia
sebagai harian anda. Gunakan sentuhan yang ringan serta lembut hanya
menggunakan bahagian jari. Buat dalam gerakan ke atas dan seterusnya di
bawa ke bawah luar wajah.
Langkah #1
Gunakan bahagian belakang tangan,
kenakan tekanan yang lembut terhadap kulit serta sekitar rahang di bawah
dagu untuk merangsang sel kulit sekitar bahagian berkenaan. Tukar
tangan, dongak leher dan urut seluruh bahagian bawah leher merangkumi
telinga kanan ke kiri.
Langkah #2
Ambil jari telunjuk dan jari hantu,
tekan perlahan pada bahagian rahang dalam pergerakan sekata bermula dari
dagu hingga ke telinga.
Langkah #3
Susun jari kedua-dua belah tangan secara
menegak, tunjukan ke tengah dahi dengan kedudukan ibu jari berada di
rahang. Rapatkan tangan secara perlahan-lahan. Kekalkan kedudukan selama
tiga hingga empat saat dan ulang.
Langkah #4
Kenakan tekanan secara ringan dengan
meletakkan kedua belah tapak tangan di bawah dagu. Pastikan jari
telunjuk berada di depan telinga. Tekan perlahan dan biar selama tiga
hingga empat saat dan ulang.
Langkah #5
Genggam jari dan tekan lembut ke bawah
dagu manakala ibu jari menekan lembut menghala ke atas pada sekitar
mulut, di bawah hidung, sekitar lubang hidung serta kelopak hidung.
Urutan ini dapat membantu memperbaiki peredaran darah dan menyingkirkan
toksin.
Langkah #6
Gunakan hujung jari, tekan sepanjang tulang bahagian atas tulang pipi dan urut dalam gerakan ke atas untuk penyingkiran toksin.
Langkah #7
Ambil jari hantu dan jari manis, tekan
perlahan selama lima saat bermula di bahagian atas batang hidung bawa
sehingga hujung kening ( pelipis).
Langkah #8
Gunakan jari manis dan picit menggunakan
kadar tekanan yang perlahan pada bahagian bawah mata. Tarik menghala ke
bahagian kelopak mata ( pejamkan mata)
Langkah #9
Bawa kedua telapak tangan dan letak di
bahagian antara kening dan anak rambut. Usap bahagian berkenaan dengan
lembut dan perlahan. Urutan pada bahagian berkenaan dapat mengurangkan
kehadiran garis halus pada wajah.
Langkah #10
Tutup mata, rapatkan tapak tangan ke
muka. Kedap wajah dengan perlahan sehingga wajah dapat merasai kesan
tarikan. Tekan wajah perlahan, biarkan untuk beberapa saat dan ulang
Langkah #11
Akhir sekali, gunakan telapak tangan
serta jari dan tekan menggunakan tangan kanan ke seluruh bahagian sisi
leher sebelah kiri. Lakukan pada pangkal leher hingga rahang. Ulang
gerakan yang sama menggunakan tangan kiri.
Selamat mencuba.
Sumber Asal : Teknik urutan wajah
Untuk melengkapkan perawatan wajah anda sapukan Krim Herba Kemboja untuk wajah yang lebih menawan.